Kelebihan Dan Kekurangan iPhone | SA hendak preview mengenai iPhone yang menjadi kegilaan penggemar gadjet tersebut. Setelah menggunakan hampir 4 bulan iPhone 5 baru lah boleh kongsi kepada anda yang ingin memilikinya.

Black iPhone 5

Setiap ciptaan manusia semestinya tidak sempurna walau secanggih mana teknologi yang dicipta. Ini cuma pandangan bagi SA sendiri setelah menggunakan iPhone.

Kenapa baru hendak Preview?

Cuba dahulu baru boleh Preview. Jika baca dari pendapat orang lain tidak puas rasanya nak preview. Sudah cuba baru cerita..

Kelebihan ;

Skrin yang lebih besar dan terang – Skrin 4-inci baru membolehkan anda melihat banyak maklumat pada sekali gus. Dan paparan kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4S.

Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat – IPhone 5 telah terbina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian lebih cepat. Apatah lagi pengumuman SKMM yang mengatakan lesen LTE sudah diumumkan. Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Saya mendapati iPhone 5 (yang sudah diuji) mempunyai ciri ‘Simpan’ untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara – iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bawahnya dan teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising ketika kita bercakap. Saya sudah perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkannya dalam mod ‘loudspeaker’. Dan jika anda merancang untuk memilih menggunakan fon telinga anda, maka saya mempunyai berita baik. Apple juga memasukkan fon telinga yang baru direka. Fon telinga tersebut lebih selesa berbanding sebelum ini dan muat di telinga anda secara lebih semula jadi. Iajuga datang dengan kasing plastik.

Peningkatan Kamera - Terdapat kamera yang mempunyai keupayaan HDR yang lebih baik dan cepat mengambil gambar walaupun objeknya laju. Kamera sekarang menyokong gambar panorama sehingga 240 darjah.

Peningkatan Aplikasi E-mel – telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan anda lebih cekap. Sebagai contoh, kini terdapat folder e-mel VIP di mana anda boleh melihat semua mesej anda yang paling penting dalam satu senarai tunggal. Ini membolehkan anda untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum anda melalui e-mel keutamaan yang lebih rendah.

Pilihan Ciri Panggilan – Anda kini mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bagaimana untuk mengendalikan panggilan masuk. Anda boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada orang itu, atau anda boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula kemudian.

Kelemahan ;

Phone Block / Contact Block – iPhone 5 masih tidak menawarkan fungsi ini tetapi menawarkan fungsi Do Not Disturb.

App Lock / Photo Lock / Gallery Lock – Aplikasi sedemikian tidak ditawarkan melainkan anda perlu mendapatkannya secara premium (berbayar). Secara default, iOS hanya menawarkan fungsi Restriction dengan menghalang akses ke aplikasi tertentu dan disembunyikan dari senarai apps.

Keyboard – masih memberikan masalah besar memandangkan saiz skrin cuma dipanjangkan dan bukan dilebarkan. Bagi yang mempunyai jari yang lebar agak sukar untuk menekan huruf dengan tepat.

Ringtones dan Alert Tones – Standard dan tidak boleh ditukar ke custom ringtones samada dari senarai lagu yang anda sync menerusi iTunes dan sebagainya ikut kehendak pengguna. Sekiranya anda masih lagi berkehendakkan custom ringtones, anda perlu melakukan kerja – kerja susah yang melibatkan setting, convert, sync dan sebagainya.